KOMPONEN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

 

1.2            Pengenalan kepada Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan

 

                       

1.2.1 TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

 

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi penggunaan perisian-perisian kursus, penggunaan internet untuk perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan TMK untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

 

1.2.2 TMK dalam  pengujian dan penilaian

 

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengujian dan penilaian merangkumi penggunaan perkakasan dan perisian untuk membina soalan-soalan, pentadbiran ujian, pemprosesan markah serta membuat interpretasi pencapaian atau prestasi pelajar.

 

 

1.2.3 TMK dalam pengurusan

 

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan merangkumi pentadbiran dan pengurusan maklumat pelajar dan guru serta organisasi sekolah.

 

 

1.2.4 TMK dalam penyelidikan dan pembangunan

 

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyelidikan dan pembangunan merangkumi penganalisaan data penyelidikan.

 

 

                        1.2.5 Latihan

 

 

 

 

Senaraikan sekurang-kurangnya lima definisi TMK yang dinyatakan oleh pakar-pakar bidang TMK.

Kenalpasti perisian-perisian TMK yang boleh digunakan untuk tujuan:

                        a)  pengajaran dan pembelajaran

b)      pengujian dan penilaian

c)      pengurusan

d)      penyelidikan dan pembangunan