Alat penerima

Jenis Mikrofon Mengikut Penggunaan

 

a.         Mikrofon Mini

 

Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua iatu jenis tie pin dan neck hanging. Tie pin lebih kecil saiznya dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju. Jenis neck hanging pula biasanya digantung pada leher.

 

mikrofon tie pin    mikrofon neck hanging
Sumber : Seiji Utsumi (1983)
 


    

 

Mikrofon Tanpa Wayar

 

Mikrofon ini memerlukan alat penerima (receiver). Tidak terdapat sebarang wayar di antara mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari mikrofon ke alat penerima melalui antena. Mikrofon ini biasanya digunakan oleh pengguna yang bergerak aktif.

 
  Gambar : mikrofon tanpa wayar
  Sumber : Seiji Utsumi (1983)

                                       

 

     

 

Jenis Mikrofon Mengikut Bentuk Penerimaan Bunyi

 

Mikrofon Semua Hala (Omni-Direction)

 

Mikrofon jenis ini menerima bunyi dari semua arah. Mikrofon ini biasanya digunakan untuk perbincangan kumpulan atau temubual.

 

 
  Mikrofon semua hala
  Sumber : Seiji Itsumi (1983)

  

 

        Mikrofon Dua Hala (Bi-Direction)

 

Mikrofon ini menerima bunyi dari bahagian depan dan belakang sahaja. Mikrofon ini sesuai dalam keadaan soal jawab atau temubual antara dua orang.

 

 

                                            

                                                Gambar : Mikrofon dua hala

                                                Sumber : Safian Abd. Rashid (2000)

 

 

 

       Mikrofon Satu Hala (Uni-Directional)

 

Mikrofon jenis ini menerima bunyi yang datang dari satu hala sahaja.  Ianya kurang peka dengan bunyi yang datang dari lain-lain hala. Oleh itu mikrofon ini sesuai bagi seorang penyampai atau suatu situasi di mana bunyi-bunyi asing berada dalam aras paling minimum.

 


                                        

                                                Gambar : Mikrofon satu hala

                                                Sumber : Safian Abd. Rashid (2000)

 

        Mikrofon Shortgun

 

Mikrofon ini adalah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut yang sempit dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya untuk menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyi haiwan.

 


                       

 

                        Gambar : Mikrofon shortgun

                        Sumber : Seiji Utsumi (1983)

 

 

Jenis Mikrofon Mengikut Mekanisme

 

Fungsi mikrofon adalah untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal. Getaran mekanikal itu kemudiannya ditukarkan ke dalam bentuk arus elektrik. Terdapat 4 jenis mekanisme mikrofon. Berikut adalah jenis dan ciri-ciri dan penggunaannya

 

Jenis Mekanisme

Ciri-Ciri

Penggunaannya

 

 

Kondenser

Menerima kesan bunyi dengan baik

Peka pada bunyi

Peka pada getaran

Tidak tahan getaran kuat

Tidak tahan panas dan lembapan

 

Vokal/Nyanyian

Ucapan

Penyampaian (Narration)

 

Dinamik

Kualiti bunyi baik

Peka pada bunyi

Tahan getaran kuat

Tahan panas dan lembapan

 

Temubual di luar bangunan (out door interview)

 

Siramik

Binaannya ringkas dan mudah

Buatan lebih kemas dan kuat

 

Pertuturan dan muzik

 

Hablur

Binaan ringkas dan mudah

Harganya agak murah

Peka pada suhu dan kelembapan

 

Pertuturan