Teknik penghasilan transperansi

 

a.         Tulis terus (write-on)

 

Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transperansi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.

 

 

b.         Bertingkap

 

Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transperansi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


            Rajah 2.3.1 : Teknik Bertingkap

            Sumber : Razali Nor (1996)

 

 

c.         Berjalur

 

 

Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala.  Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu transperansi.

 


d.         Bertindih (berlapis)

 

 

Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 2.3.2 :Teknik Bertingkap

Sumber : Razali Nor (1996)

 

 

e.         Pusingan

 

Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan ( secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.

 

 

f.                    Animasi

 

Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarising dilekatkan di atas bahagian-bahagian tertentu  pada imej yang ada pada bahagian transperansi.  Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.


 

Jenis lutsinar

 

 

a.         Tulis terus ( write- on)

 

i.          Diperbuat daripada ‘acetate’  dan polyester

ii.          Mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08 mm, 0.1 mm dan 0.12 mm. Untuk kegunaan am transperansi setebal 0.1 mm biasa digunakan.

iii.         Transperansi mempunyai dua saiz iaitu 260 mm x 260 mm dan DIN A4 ( 210 mm x 297 mm)

iv.         Menggunakan pena berasaskan air atau pena berasaskan spirit.

 

 

b.         Thermal (infra-merah)

 

i.          Diproses dengan mesin ‘ Transperancy Maker’

ii.          Mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black On Clear

 ( imej hitam latarbelakang jernih.), Black On Colour (Imej hitam latarbelakang warna), Colour On Clear ( Imej berwarna latarbelakang jernih)

iii.         Bahan dasar berasaskan karbon contohnya keratan akhbar, pensil 2B, bahan fotokopi berasaskan debu, bahan cetak dari laser printer berasaskan debu.

iv.         Panduan menyediakan transperansi thermal seperti berikut:

 

                                                                     i.                  Putarkan tombol laras kepada antara nombor 3 hingga 6             supaya ganbar yang dihasilkan akan jelas.

 

ii.          Letakkan bahan dasar di bawah transperansi thermal di mana bahagian takukan dipenjuru atas kanan di sebelah atas.

 

iii.         Masukkan bahan dasar dan thermal ke dalam mesin Transperancy maker dan biarkan mesin tersebut menyedut bahan sehingga imej dari bahan dasar dipindahkan ke trnsperansi.

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah 2.3.3 : Proses Thermal (Insfra-merah)

Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

 


c.         Fotokopi

 

 

i.          Diproses dengan menggunakan mesin fotostat ( plain paper copier)

ii.          Bahan dasar diletakkan di bahagian atas cermin dan trnsperansi dimasukkan ke dalam dulang ketas seperti membuat fotostat.

iii.         Gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi gambar berwarna akan menjadi hitam putih.

 

 

d.         Ink-jet  Film

 

 

Ink-jet Film boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink-jet seperti printer Canon, Epson. Bahan dasar boleh disediakan dengan menggunakan komputer  dan arahan menyalin sepertimana anda membuat penyalin di atas kertas.

 

 

Prinsip penghasilan transperansi

 

 

i.          Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja membuat lutsinar dengan peralatan yang sedia ada.

ii.          Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan, objektif dan kandungan.

iii.         Tentukan Format persembahan. Format memanjang atau menegak. Elakkan daripada mencampur adukkan format.

iv.         Pastikan setiap ciptaan ( grafik, pernyataan) berada dalam 2 cm daripada tepi bahan lutsinar.

ii.                   Kejelasan huruf bergantung kepada jenis, saiz, jarak antara huruf dan jarak antara baris.

iii.                  Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jarak tayangan.

iv.                 Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub-tajuk.

v.                   Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transperansi.

x.                   Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.

 

 

 

     Latihan 2.3

 

Hasilkan empat teknik transperansi berdasarkan prinsip grafik yang anda pelajari. Anda juga dicadangkan membina transperansi berdasar tiga jenis yang anda pelajari. Bincangkan teknik dalam tutorial.

 

 

Jawapan :

 

 

 

Rumusan

 

Apa yang anda pelajari diharap dapat membantu anda dalam membina bahan bantu mengajar dan seterusnya mendedahkan anda dengan pengetahuan asas grafik dan memberi input dalam penggunaan alat bahan tayangan dalam pengajaran dan pembelajaran.